Friday 9 December 2011

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran        : Matematik
Tingkatan                 : 4 Arif
Bilangan Pelajar     : 39 orang
Tarikh                        : 23 Oktober 2011
Masa                          : 8.45 – 9.156 (30 minit)
Tajuk                         : Ruang(Isi padu)

Hasil Pembelajaran            : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
                                    i)          menentukan isi padu kubus dan kuboid
ii)         mengetahui ciri-ciri sebuah bongkah
-          Kubus
-          Kuboid
-          Piramid
-          Kon
-          silinder
-          sfera

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)          set induksi (mikro pengajaran)
                                    ii)         aktiviti   : mengira isi padu kubus dan kuboid
iii)        penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Nilai    : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab

KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami

Pengetahuan sedia ada.
Pada pelajaran lepas murid telah belajar mengenai bentuk dua matra. Dalam bentuk 2 matra murid telah belajar tentang panjang sisi, perimeter dan luas.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Nota
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Permulaan/ mencungkil idea
5 minit
Pemahaman tentang isi padu kubus dan kuboid
Guru menunjukkan dua contoh balang berbentuk kubus dan kuboid dan bertanyakan kepada murid mengenai pemahaman murid tentang  isi padu
Murid memberikan maksud isi padu berdasarkan pemahaman murid
-jumlah
-ruang
-kandungan
-kubus
-kuboid
-isipadu
Menstruktur/menstruktur semula
20 minit
Proses mencari panjang dan mencari isi padu kubus dan kuboid
Guru mempamerkan gambar sebuah kubus yang menunjukkan panjang pada sisi

Guru menyatakan kepada murid panjang setiap sisi yang di tulis adalah terdiri daripada panjang, lebar dan tinggi

Guru meminta murid mencari isi padu berdasarkan kubus yang telah dipamerkan oleh guru
Murid menyatakan panjang setiap sisi yang telah ditulis dengan panjang masing-masing
Murid menyatakan
Ukuran bagi panjang, lebar dan tinggi




Murid mencari isi padu berdasarkan kubus yang diberikan oleh guru

Aplikasi idea
10 minit
Menjawab soalan latihan
Guru mengedarkan latihan untuk dijawab oleh murid
Murid menjawab soalan latihan

Refleksi/
penutup
5 minit
Perbincangan
Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana mencari isi padu kubus dan kuboid
Murid membuat rumusan untuk mencari isi padu ialah
Panjang x Lebar xTinggi


Bahan bantu mengajar
1.    Slaid tayangan soalan-soalan yang berkaitan dengan pengajaran
2.    Lembaran kerja soalan matematik
3.    Bentuk tiga matra


4.     

No comments:

Post a Comment